LANGKAH-LANGKAH MENJALANI SESI INTERVENSI KRISIS...
Langkah 1 
adalah mendefinisi dan memahami krisis berdasarkan pandangan klien, melainkan kaunselor mengerti situasi krisis klien  seperti mana klien memahaminya. Pada pandangan klien, strategi intervensi  dan  prosedur untuk membantu individu menghadapi krisis tidak memberi  sebarang manfaat kepada dirinya. Menerusi proses intervensi krisis,  kaunselor menggunakan kemahiran mendengar dengan aktif dan kemahiran  gerak balas berdasarkan kepada krisis klien. Cormier dan Comier (1991)  dalam Gilliland  &  Richard (1997) mencadangkan sesi intervensi bermula dengan penglibatan penuh kaunselor yang dipangggil “Core Listening Skill” iaitu empati, ketulenan, penerimaan tanpa syarat dan pandangan positif terhadap klien.
Langkah 2  adalah memastikan keselamatan klien, menjadi perkara penting dalam  menentukan klien sentiasa berada dalam keadaan selamat terhadap prosedur  intervensi krisis yang dijalankan. Gilliland & Richard (1997)  mendefinisikan keselamatan klien seperti meminimumkan bahaya  fisiologikal dan psikologikal terhadap diri sendiri dan orang lain.  Kaunselor menggunakan langkah ini kerana  keselamatan  adalah pertimbangan utama dalam membantu klien menjalani sesi  intervensi krisis. Dimensi ini menunjukkan, menerima keselamatan sama  dengan pertimbangan kaunselor dalam membuat penilaian dan menggunakan  strategi mendengar secara aktif dan kemahiran gerak balas. Kaunselor  menurut Gilliland & Richard (1997) suasana selamat perlu dibina oleh  kaunselor secara semulajadi sepanjang sesi berlangsung. Kaunselor perlu  berfikir dan bertingkahlaku di hadapan klien dengan rasa selamat tanpa  wujudnya curiga dan takut.
Langkah 3  adalah menyediakan sokongan ialah kaunselor perlu menyatakan kepada  klien, bahawa kaunselor berempati dan simpati dengan masalah klien serta  mengambil berat tentang keadaan klien. Kaunselor tidak boleh  beranggapan yang klien mengetahui bahawa kaunselor memahami dirinya.  Langkah penyediaan keselamatan ini memberi peluang kaunselor memastikan  klien berasa dirinya diberi sokongan dengan cara menyatakan  Di sini ada orang yang benar-benar mengambil berat tentang diri awak dan akan sedia membantu awak”. Ini bermaksud kaunselor perlu menerima klien seadanya tanpa penilaian dan untuk melihat  kebebasan  klien untuk bertindakbalas atau tidak sepanjang sesi berlangsung.  Kaunselor boleh menyediakan sokongan kepada klien dengan cara  untuk menerima klien.
Langkah ke 4  dalam krisis intervensi merujuk kepada kedua pihak iaitu klien dan  kaunselor jarang menolak iaitu melihat dengan lebih teliti  pilihan-pilihan yang sesuai dengan klien. Seringkali klien dalam keadaan  yang tidak berdaya, tidak dapat mencari pilihan yan terbaik. Sesetengan  klien yang mengalami krisis percaya mereka tidak mempunyai pilihan.  Dalam langkah ini, kaunselor yang efektif akan membantu klien  mengenalpasti banyak alternatif yang sesuai dan sesetengah pilihan yang  lebih baik. Ia akan membantu kaunselor untuk menyedari bahawa ada  pelbagai cara berfikir untuk mencari alternatif. Pertama ialah sokongan  situasi, yamg memberi pelbagai sumber sokongan yang baik, mekanisme  capaian ke atas respon, tingkahlaku dan persekitaran  yang boleh klien gunakan jika menghadapi krisis  pada masa depan dan ketiga ialah bentuk pemikiran yang konstruktif dan positif di mana  klien melihat cara berfikir  tentang sesuatu masalah  dan mengenalpasti tahap tekanan dan kebimbangan klien.  Kaunselor krisis akan dapat memeriksa secara objektif  beberapa  pilihan dari tiga perspektif ini dan dapat membantu klien yang berasa  tidak berdaya dan merasa tiada pilihan dalam hidupnya. Kaunselor efektif  akan  berfikir tentang beberapa  alternatif yang melibatkan klien tetapi akan membincangkan sedikit sahaja dengan klien.  Klien  yang sedang berada dalam situasi krisis tidak memerlukan banyak  pilihan, tetapi mereka memerlukan pilihan yang realistik dengan situasi  mereka hadapi.
Langkah 5 dalam krisis intervensi ialah membuat pelan, mengikut pilihan dalam langkah 4. Pelan sepatutnya mengambil kira  individu, kumpulan dan sumber rujukan  yang  boleh dihubungi untuk mendapatkan sokongan, memperlengkap mekanisme  capaian klien iaitu sesuatu yang konkrit dan positif untuk klien lakukan  sekarang,  tentukan langkah yang boleh dilakukan oleh klien. Pelan juga berfokus kepada  penyelesaian masalah yang sistematik untuk klien dan realistik dengan keupayaan klien. Pelan  memerlukan kerjasama antara klien dan kaunselor, sebagai contoh menjalankan aktiviti teknik relaksasi.  Penting  pelan  dijalankan secara kolaborasi dengan klien supaya klien tahu apa yang  perlu dilakukan. Elemen kritikal dalam membangunkan pelan ialah klien  tidak merasa kehilangan hak kuasa, berdikari dan penghormatan diri.  Sesetengan klien mungkin tidak akan membantah apabila kaunselor  memutuskan untuk mereka apa yang perlu dilakukan. Pada masa itu,  sesetengah klien mungkin terlalu tertekan dengan situasi krisis sehingga tidak kisah akan perkara ini. Malahan  mereka akan percaya pelan itu adalah untuk kebaikan meraka. Kadangkala  adalah mudah untuk memanipulasi emosi klien untuk menerima pelan yang  dicadangkan. Isu penting dalam pelan ini ialah kawalan dan autonomi.  Faktor supaya klien dapat mengeluarkan sendiri cadangan ialah supaya  dapat menjaga kawalan diri dan memastikan mereka tidak akan bergantung  kepada kaunselor.
Langkah 6  mengekalkan komitmen adalah dari langkah 5 dan isu kawalan dan autonomi  adalah separuh dari pengekalan komitmen. Jika langkah membuat pelan  sudah dilakukan, langkah untuk komitmen adalah lebih mudah. Langkah  untuk komitmen ini adalah ringkas dan mudah, kaunselor akan  mendemonstrasikan cara untuk membawa pelan bersama dengan klien jika  kolaborasi telah dipersetujui.  Pada masa langkah ini, kaunselor tidak melupakan langkah dan kemahiran menolong yang lain  seperti  mengukur, keselamatan dan membekalkan sokongan. Kaunselor akan  mengekalkan kejujuran, arahan dan komitmen dari klien sebelum menamatkan  sesi intervensi.  Kemudian, kaunselor akan  memeriksa perkembangan klien. Kemahiran mendengar adalah penting dalam  langkah komitmen kerana adalah penghubung kepada langkah yang  seterusnya.( Gilliland dan Richard, 1997)
tq to UBK LD...